Flit Nadi Putra

Daewoo BV120MA (Badanbas) di laluan L05.

Pada asalnya, flit Nadi Putra terdiri daripada beberapa bilangan bas Optare Metrorider, MAN SL 252 dan Hino RK1J, bagaimanapun, pada tahun 2006, ia telah digantikan dengan bas NGV Daewoo BV120MA NGV Korea Selatan bertubuh Badanbas. Flit itu kemudiannya berkembang kepada 176 bas pada tahun 2009 dengan flit tambahan dan pengenalan bas Daewoo BS106 yang lebih pendek untuk laluan dengan lencongan yang lebih tajam. Majoriti flit ini telah disarakan pada tahun 2019 kerana kos penyelenggaraan yang tinggi, namun 8 bas BV120MA telah digunakan semula untuk meningkatkan frekuensi.

Bas elektrik superkapasitor NEDO-EV di laluan L15. Dengan satu supercharge selama 10 minit, bas ini boleh berjalan sejauh 30 kilometer.

Pada tahun 2015, Perbadanan Putrajaya bekerjasama dengan Pertubuhan Pembangunan Teknologi dan Tenaga Baharu Jepun (NEDO) untuk menyasarkan pengangkutan awam yang lestari menjelang 2025. Kerjasama ini membuahkan 5 prototaip bas superkapasitor elektrik, yang dibina bersama-sama dengan Scania, Deftech dan Toshiba.[4] Bas ini dinamakan bas NEDO-EV, bas ini boleh dibawa sejauh 30 kilometer dengan sekali cas selama 10 minit.. Bas ini mula beroperasi pada tahun 2018, tetapi ia telah digantung pada tahun 2020 disebabkan masalah dalaman. Manakala, kesediaan untuk digunakan semula untuk perkhidmatan masih belum ditentukan.

Nadi Putra bersama pengendali baharu, Rapid KL.

Dengan Rapid Bus menjadi pengendali bas baharu Nadi Putra mulai Januari 2023, laluan bas yang diubah suai akan menggunakan armada bas Alexander Dennis Enviro200 yang dimiliki oleh Rapid Bus. Bas Foton telah dikembalikan ke Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (KBES), manakala bas Daewoo NGV telah disarakan dan tidak lagi digunakan.

Rujukan

WikiPedia: Nadi Putra https://web.archive.org/web/20170428142311/http://... https://web.archive.org/web/20170720163223/http://... http://portal.ppj.gov.my/c/journal/view_article_co... https://paultan.org/2020/10/27/perkhidmatan-bas-pe... https://paultan.org/2017/12/05/deftech-produces-ma... https://www.jwp.gov.my/images/publications/booklet... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08... https://careta.my/article/isu-bas-nadi-putra-tidak... https://www.facebook.com/nadiputraofficial/posts/1... https://www.facebook.com/story.php/?story_fbid=pfb...